Tentang Kami                                                                            

 

Sandhurst One Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat 100% pemilikan bumiputera. Ianya secara rasmi bermula dan didaftarkan pada 15 Ogos 1995. Sehingga kini , syarikat telah  memiliki 4 unit kedai , 8 orang staff sepenuh masa dan lebih dari 500 pengedar di seluruh negeri johor dan Melaka. Kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad bermula jam 9.30 pagi hingga 6.00petang.

 

Tumpuan syarikat  adalah kepada penjualan melalui catalog. Syarikat mengeluarkan  katalog pinggan mangkuk dan peralatan rumah yang  tersendiri berjenama Serbanika Wanee. Kami juga turut menyediakan beberapa katalog lain berjenama terkenal di seluruh Malaysia yang berasaskan barangan kulit dan pinggan mangkuk. Katalog akan diberikan secara percuma kepada ahli di syarikat kami. Barangan pinggan mangkuk, peralatan rumah ,cadar dan produk barangan kulit menjadi teras kepada produk jualan syarikat .Keistimewaan produk yang kami jual berbanding dengan produk lain adalah dari segi kualiti barang tersebut. Selain itu ,produk-produk yang kami jual juga sesuai untuk semua golongan  seperti kanak kanak, remaja dan orang dewasa. Syarikat akan membuat promosi barangan pada bulan bulan tertentu untuk mengalakkan dan membantu jualan pengedar di syarikat kami dan setiap pesanan dari pengedar syarikat akan diproses sebanyak tiga(3) kali seminggu yang akan dipesan terus ke pembekal-pembekal yang berkenaan. Sebanyak dua (2) talian order melalui telefon dan satu(1) talian sms disediakan untuk kemudahan pengedar dan pelanggan syarikat. Syarikat juga menyediakan e-mel dan faks bagi kemudahan pengedar. Syarikat mensasarkan perkhidmatan yang terbaik dan berkonsepkan kekeluargaan kepada pelanggan. Untuk memudahkan urusan  secara terus. Lori khas untuk penghantaran turut disediakan tanpa sebarang caj tambahan dikenakan.  

 

Didalam usaha bersepadu syarikat kearah melahirkan generasi usahawan bumiputera yang mengangkasakan  bangsa, sokongan itu serta komitmen dari semua pengedar dan pelanggan yang diberi selama ini amatlah dihargai. Syarikat turut menggalas tanggungjawab di dalam mendukung aspirasi kerajaan di dalam mewujudkan masyarakat 1 Malaysia . Bersama kita menjayakan perniangaan berasaskan kecermelangan.